MANGGA1

Monday, September 27, 2010

PROGRAM “PEMIMPIN MUDA PPPM BERSAMA PAKK DESA TUN RAZAK CHERAS”

Sesi Modul Memasak Dalam Hutan
Sesi Modul Latihan Dalam Kumpulan...
Sesi Modul Menyanyi dan Meniru aksi,kanak-kanak sedang menghafal lirik di papan "whiteboard"
Sesi Penerangan Sedang Dijalankan...



Tarikh : 25 September 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-6.00 petang
Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Desa Tun Razak

1. Pada hari sabtu 25 september 2010, kaunter pendaftaran Program Pemimpin Muda Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama Kanak-Kanak Pusat Aktiviti Kanak-Kanak PPR Desa Tun Razak telah dibuka bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1 tengahari. Program ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. 4 orang pemimpin muda PPPM dengan bantuan bahagian pengurusan PAKK Desa Tun Razak telah bekerjasama bagi merealisasikan keberkesanan program ini.

2. Pihak pengurusan PAKK Desa Tun Razak telah memantau perjalanan program ini. Staf yang bertugas adalah Erwan Bin Abdul Thalib (fasilitator), Puan Rosida (penyelia), Puan Kasimi (pembantu penyelia) dan Puan Zaharah.

3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menghantar 4 orang pemimpin muda yang terdiri daripada mereka yang berstatus sebagai guru untuk menjalankan aktiviti bersama-sama 70 orang kanak-kanak PAKK.

4. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Putrajaya telah menghantar wakil 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti program ini. Staf PAKK Putrajaya yang hadir adalah En. Salleh (Penyelia) dan Cik Nurul (Fasilitator).

5. Diantara modul-modul yang diterapkan adalah seperti berikut; 1. Modul kemahiran mendengar arahan 2. Modul kemahiran menyanyi sambil meniru aksi 3. Modul Latihan Dalam Kumpulan dan 4. Modul kemahiran memasak di dalam hutan 5. Modul Sukaneka (lari ikat kaki/ span basah)

6. Senarai kehadiran peserta ke Program PPPM dan PAKK adalah seramai 90 orang.Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari kanak-kanak PAKK PPR Desa Tun Razak.

Sekian terima kasih. Majulah PAKK untuk kanak-kanak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bersama berganding bahu menuju wawasan 2020.