MANGGA1

Thursday, May 28, 2009

AKTIVITI

Borang Pendaftaran Mengikuti Program di Pusat Aktiviti Kanak- Kanak PPR Desa Tun Razak.

Nama:............................................................................
Umur:........................... No Telefon:...............................
Alamat:..........................................................................

Tandakan aktiviti yang mahu disertai:
Bil Aktiviti Sesi Pagi/petang Tandakan
1. Kelas Tiusyen UPSR, PMR, SPM ( )
2. Khidmat Motivasi/Kaunseling ( )
3. Kelas Komputer ( )
4. Kelas Asas Bahasa Isyarat ( )
5. Program Bincang Rakan ( )
6. Program OASIS ( )
7. Program Bina Minda ( )
8. Program TRANSIT ( )
9. Kursus Pengasuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak ( )

*Pendaftaran adalah percuma, sementara tempat masih ada, sila daftar awal bagi memudahkan urusan. Borang ini boleh dicetak/difotostat. Serahkan keratan ini ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak.
-pakkdesatunrazak@gmail.com- Hakcipta PAKK/DTR 2009

Saturday, May 23, 2009

AKTA PENUBUHAN

Akta Kanak-Kanak 2001 ada memperuntukkan elemen menyelamat, melindungi dan memelihara kanak-kanak yang dianiaya”


Majlis Penyelarasan bagi Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan dengan peruntukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Majlis ini diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam Aspek Perlindungan Kanak-Kanak”

Sunday, May 17, 2009

SEJARAH

Pada tanggal 27 September 1998, Pusat Aktiviti Kanak-kanak PPR Desa Tun Razak Cheras Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman bin Shariff. Pusat Aktiviti Kanak-kanak PPR Desa Tun Razak ini terletak di 04-00-07 PAKK PPR Desa Tun Razak Cheras 56000 Kuala Lumpur.













Pusat ini beroperasi pada hari/waktu pejabat dan dikendalikan oleh seorang penyelia dan pembantu penyelia serta melibatkan anggota masyarakat setempat khususnya mereka yang menjadi ahli Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.


Kemudahan-kemudahan fizikal yang terdapat di pusat ini adalah ruang membaca/ tiusyen/ pusat sumber, ruang penyediaan makanan, bilik membersihkan diri, ruang beriadah dan ruang tamu/ menonton televisyen.

PERANAN UTAMA PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK

1. Tempat Perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak (18 tahun kebawah).

2. Pusat Advokasi : Mengadakan ceramah/kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.

3. Pusat Sumber : Menyediakan bahan bacaan/rujukan untuk kanak-kanak.

4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan/komputer/kelas keagamaan/kelas lukisan/ kelas drama/pidato/deklamasi sajak.

5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi motivasi/kaunseling.

6. Pusat Sosial/Sukan/Rekreasi : Sukan/riadah/program kebudayaan/kesenian dan sebagainya.